Apr 21, 2012

kimchii :D

Assalamualaikum.

First attempt buat kimchi. Jeruk kobis pedas.
  • 1/2 biji kobis cina
  • Garam & air (untuk rendam kubis)
  • serbuk cili
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • 2-3 biji bawang merah
  • Sos ikan
  • 1 btg radish / lobak putih.. carrot pun bleh.
  • 1 pokok daun bawang
  • gula secukupnya (tak letak garam sebab kubis tu dah masin)
Cara membuat :- (before buat ni tengok family outing episode 28 dulu, epi ni diorang buat kimchi..bezanye diorang add on oyster, shrimp-mcm cencaluk dgn pear, me guna apple :D)
  1. Mula-mula bersihkan kobis. Tiap2 helai daun kubis tu letak garam.. lepas tu rendam kobis dlm air berserta garam. klu ikut org korea mcm lama, semalaman. Me biarkan kobis tu sampai 8-9 jam.
  2. Dah 8 jam, bilas kobis, make sure dah tak de air garam lg.
  3. Campurkan bawang merah, bawang putih, halia dan kisar.  Masukkan air.. agak2 la. :D
  4. Dah siap kisar, campur dengan serbuk cili. rasa masin and manis nya and terpulang untuk tambah gula or garam. Letak sos ikan..ni utk kasi masin.
  5. Parut radish tu or potong macam batang mancis..potong daun bawang.
  6. Parut pear or apple.
  7. Gaul kan kobis tadi dengan bahan kisar, radish,pear/apple dan daun bawang sehingga sebati.
  8. Simpan dalam bekas. Masuk fridge. The day after try rasa, klu ikut org korea..makin lama simpan dalam fridge makin sedap. Ikut orang melayu, makin lama kang sakit perut plak. Depends la :)
Sedap dimakan bersama nasi panas – mamee asam laksa/kari. Before ni makan kimchi @ seoul garden juga made by bella & mak zue..rasa lebih kurang. Kiraaa jadi la tu :D

p/s : petang ni baking. Kek nenas terbalik. Till then :)       

No comments: