~ HATI ~



Salam..

Semalam menjejak blog sahabat..membaca entry b’kaitan hati~

".. ketahuilah! bahawa dalam tubuh ada seketul daging, apabila baik ia maka baik lah keseluruhannya (tubuh itu), apabila rosak ia maka rosaklah keseluruhannya (tubuh itu). ketahuilah, ia adalah HATI. " (riwayat Bukhari dan Muslim)- hadis no 6 dalam hadis 40 –

Kata sahabat sy lagi –
itulah sebabnya hati kita yg mengcontrol kita.. jika hati kita baik maka kita pon akn jd baik.. kalo hati kita jahat.. jahatlah kita.. oleh itu, lindungilah hati kita drpd benda2 yg jahat..

dan entry kali ni..sy nk share sedikit ttg apa sy baca b’kaitan HATI.
Hati adalah antara sendi2 kekuatan dlm pertarungan jiwa.

Hati akn mnjadi sendi kekuatan dlm pertarungan jiwa apabila hati itu terus hidup,lembut,bersih,cekal dan sentiasa mengingati kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib k.w.h :
“Allah mempunyai bejana di bumi ini,iaitu hati.Hati yg paling Allah kasihi ialah hati yg paling lembut,paling bersih dan paling cekal”

Saidina Ali menerangkan maksud perkataannya dgn mengatakan,
“Paling cekal dlm beragama,paling bersih dlm keyakinannya dan paling lembut terhadap saudaranya”

Kata-kata Saidina Ali lagi,
“Hati seorang mukmin itu suci bersih,pada hati itu terdapat pelita bercahaya.Hati seorang kafir itu hitam,sentiasa sakit.”

Al-Quran telah menggambarkan hati-hati orang mukmin.Allah berfirman :

“Orang-orang yang apabila disebut Allah,gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka kepada-Nya(kerana ayat-ayat itu).” –(Al-Anfaal :2)

Al-Quran juga menggambarkan hati-hati orang kafir.
Firman Allah :

“Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” – (Al-Hajj :24)

Lets us repair..clean our HATI..
Sy setuju gn shbt sy,hati kte baik..bersih,insyaAllah kte pn baik..
To d readers…bleh lh nk share opinion..^_^

p/s: sy sdg membaca balik buku Maza Yakni by Fathi Yakan..
for those yg ade buku tu….renungilah each of d word..
moga2 bleh koreksi diri..

Comments

Amirul said…
wawawa.. smart2.. ke arah membetulkan hati masing2..
semoga dpt membentuk individu muslim yg sejati.. amin..
Miss B said…
salam..
ayuh kita renovate chamber kite!!!
hahaa

Popular Posts