Salam...
st0p to upl0d sumtim..sy bhenti seketika d site feveret-iluvislam-
tertarik dgn p0st ini...same2 kite fikirkan..renungkan..dan lakukanlah PERUBAHAN

KITA BERADA DI ZAMAN YANG AMAT DITAKUTI RASULULLAH SAW.!!!

Kita kini berada di zaman yang pernah di ishtiharkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai zaman yang amat ditakuti oleh Baginda.Di zaman yang di ishtiharkan itu , berlaku perkara-perkara yang disebut baginda di dalam Hadith yang di riwayatkan oleh ‘Ibn ‘Abbas r.a. bahawa akan berlakunya kejadian-kejadian berikut:

 Solat diabaikan
 Kehendak nafsu syahwat (seks ) digalakkan
 Penjenayah menjadi pemimpin
 Yang hak dan batil menjadi samar-samar sehingga sukar untuk di bezakan
 Berdusta menjadi satu keperluan
 Zakat dianggap sebagai beban
 Orang beriman ditindas dan tidak mampu untuk mencegah kemungkaran
 Hujan yang turun yang sepatutnya menjadi rahmat kini tidak lagi menghasilkan apa-apa (hujan yang turun ialah hujan asid akibat pencemaran perbuatan manusia)
 Lelaki berzina dengan lelaki (homoseks / gay )
 Perempuan berzina dengan perempuan ( lesbian )
 Wanita menguasai lelaki
 Anak-anak menderhaka kepada ibu bapa
 Kawan–kawan dilayan dengan buruk
 Dosa dipandang dengan ringan
 Masjid dihiasi dengan indah ( tetapi tiada jama’ah )
 Ramai orang bersolat tetapi ia munafiq dan hanya berpura-pura
 Timbulnya golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah
 Al-Qur’an dihiasi tinta emas ( dengan cantik ) tetapi tidak diamalkan
 Darah manusia menjadi tidak berharga ( saling berbunuhan )
 Tiada siapa yang membela Agama
 Penyanyi wanita kian bertambah
 Orang kaya pergi ke Haji sebagai melancong , yang sederhana pergi untuk berniaga,
yang miskin pergi untuk meminta-minta.

berfikir sejenak.....
"maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia itu&janganlah diperdayakn terhadap Allah oleh syaitan yg memperdayakn itu"-Luqman:33-

Comments

pulasari said…
salam...

post yang mnarik...sama2lah kita gunakan bulan Ramadhan yang mulia ni dengan sebaiknya

ok...selamat berbuka

salam
najihah iman said…
same2 imarahkan Ramadhan..
a month fulls wif barakah...

p/s: bulan yg mna attitude sbnr
kite dpt dinilai..

Popular Posts