fr0m Ibnu Qayum...

~Ibnu qayum~

Di dalam hati manusia ada kekusutan
dan tidak akan terlerai dgn menerima kehendak Allah S.W.T

Di dalam hati manusia ada keganasan
Dan tidak akan hilang kecuali berjinak dgn Allah S.W.T

Di dalam hati manusia ada kesedihan
Dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah S.W.T

Di dalam hati manusia ada kegelisahan
Dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung dan bertemu dengan-NYA

Di dalam hati manusia ada penyesalan
dan tidak akan padam kecuali redha dgn suruhan dan larangan-NYA
serta qada’ dan qadar-NYA
serta sentiasa sabar sehingga menemui-Nya

Di dalam hati manusia ada hajat
Dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-NYA

Kesentiasaan berzikir kepada-NYA adalah keikhlasan sebenar kepada-NYA

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia
masih tidak dapat lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu…

-Ibnu Qayyum-

Comments

Popular Posts